Thursday, 4 December 2014

KISAH SEBENAR ISU HARGA PERSEMBAHAN AMELINA MUNCUL KEMBALI 2014 CECAH 15K

Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 40, Muncul
Semula Selepas 15 Tahun Menyepi Dari dunia Hiburan Malaysia

Kecoh dengan come back dangdut Malaysia, kali ni lain pula ceritanya. WAH !!! apa pula kali ni? Dengarnya harga persembahan yang dikenakan oleh pengurusan Amelina iaitu Syarikat Wake The Baby terlalu tinggi dan memang tak masuk akal.

Bukan apa, Amelina pun baru mucul sekian 15 tahun menyepi. Tup tup datang semula ke industri. Memang bagus buat come back untuk mengubati kerinduan peminat, tapi agak-agak laa harga yang diminta tu.



Selepas 15 tahun tidak muncul di mana mana pentas persembahan mahu pun lagu baru, Amelina nampaknya tidak mahu mengalah dengan harga pasaran semasa kepada penyanyi penyanyi yang lebih junior. Ada khabar mengatakan bayaran beliau kini mencecah puluhan ribu ringgit.



PENYANYI Amelina belum merancang untuk berkerjasama dengan mana-mana artis termasuk rakan penyanyi dangdut iaitu Mas Idayu sempena kemunculan semulanya dalam industri hiburan.

Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 40, berkata, buat masa ini dia hanya mahu menumpukan perhatian kepada single solo pertamanya bersama komposer Ajai.

Read More: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/12/03/amelina-sangkal-duet-dengan-mas-idayu/


[Video] Ikuti temubual eksklusif Pak Nil bersama ratu dangdut Amelina yang muncul kembali setelah 15 tahun menghilang di persada seni.



Rindu Amelina, Erra Fazira Terlerai

KUALA LUMPUR: Lebih 15 tahun dahulu dua nama besar ini merupakan sahabat rapat dalam industri seni.

Walaupun masing-masing memperjuangkan dua bidang yang berbeza, namun itu tidak menghalang dua nama ini akrab.

Dua sahabat ini, penyanyi dangdut Amelina dan penyanyi serta pelakon Erra Fazira suatu ketika dahulu sering dilihat berkepit bersama.

VIDEO & FOTO - HARI-HARI TERAKHIR NEELOFA BERSAMA NONA DI JEPUN

"Sekian NONA dari saya selepas 3 tahun mengacara. Alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh kru produksi NONA untuk segala tunjuk ajar dan pengalaman yang cukup bernilai. Pastinya semua kenangan manis bersama NONA akan sentiasa terpahat dlm sanubari. i love you NONA"


Akhirnya... kelibat Neelofa dalam rancangan Nona TV3 sampai ke penghujungnya. Dengar khabar, artis jelita itu tidak lagi menyambung kontraknya untuk rancangan seisi keluarga itu.

"Sekian Nona dari saya selepas 3 tahun mengacara. Alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh kru produksi Nona untuk segala tunjuk ajar dan pengalaman yang cukup bernilai. Pastinya semua kenangan manis bersama Nona akan sentiasa terpahat dlm sanubari. i love you Nona," ujar Neelofa dipetik melalui IGnya.

Untuk makluman, Neelofa dan Fara Fauzana baru sahaja selesai pengambaran episod terakhir NONA di Osaka, Jepun. Siapakah yang akan menjadi pengganti Neelofa nanti? Sama-sama kita tunggu nanti!

[Foto] Read more: http://www.myartis.com/#ixzz3KzrQbW3G


Kalau siapa yang suka luangkan masa dekat rumah dan santai-santai di hujung minggu, pasti korang tak ketinggalan mengikuti rancangan Nona yang ke udara setiap ahad di TV3. Pastinya, telatah Neelofa dan Fara Fauzana ini mencuit hati setiap penonton dengan disajikan segmen-segmen yang menarik.

Tapi lepas ni semua penonton Nona akan rasa sedih sebabnya Neelofa tak akan lagi mengacarakan rancangan itu. Hurmm. Dengar ceritanya dia tidak akan menyambung kontraknya lagi. Neelofa juga turut memberitahu, walaupun setelah tiga tahun mengacarakan rancangan itu, dia merasa sedih untuk meninggalkannya. Segala tunjuk ajar yang diberikan, dihargai dengan baik.

Namun untuk mengubat kerinduan penonton, Neelofa dan Fara Fauzana tidak ketinggalan untuk merakam video dan gambar-gambar yang cantik sepanjang menjalankan penggambaran di Osaka baru-baru ini. WOW !!! best tu shooting dekat Osaka, dapat hayati pemandangan yang indah lagi.



Nona adalah satu rancangan TV yang amat berprestij. Bukan senang untuk selebriti-selebriti wanita dipilih mengacarakan program ini. Menariknya setiap tahun pasti ada desas-desus mengenai pengacara baru Nona yang akan menggantikan pengacara sedia ada. 

Salah satu nama yang dikatakan akan menjadi pengacara Nona sekaligus menggantikan Neelofa ialah Fouziah Gous. Ramai juga yang terkejut kerana sepanjang mengendalikan Nona, Neelofa dilihat amat selesa dan mantap sekali. Namun menurut Fouziah Gous, dia hanya dijemput mengacarakan Nona untuk satu episod sahaja.