"Sekian NONA dari saya selepas 3 tahun mengacara. Alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh kru produksi NONA untuk segala tunjuk ajar dan pengalaman yang cukup bernilai. Pastinya semua kenangan manis bersama NONA akan sentiasa terpahat dlm sanubari. i love you NONA"
Akhirnya... kelibat Neelofa dalam rancangan Nona TV3 sampai ke penghujungnya. Dengar khabar, artis jelita itu tidak lagi menyambung kontraknya untuk rancangan seisi keluarga itu.
"Sekian Nona dari saya selepas 3 tahun mengacara. Alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh kru produksi Nona untuk segala tunjuk ajar dan pengalaman yang cukup bernilai. Pastinya semua kenangan manis bersama Nona akan sentiasa terpahat dlm sanubari. i love you Nona," ujar Neelofa dipetik melalui IGnya.
Untuk makluman, Neelofa dan Fara Fauzana baru sahaja selesai pengambaran episod terakhir NONA di Osaka, Jepun. Siapakah yang akan menjadi pengganti Neelofa nanti? Sama-sama kita tunggu nanti!
[Foto] Read more: http://www.myartis.com/#ixzz3KzrQbW3G
Kalau siapa yang suka luangkan masa dekat rumah dan santai-santai di hujung minggu, pasti korang tak ketinggalan mengikuti rancangan Nona yang ke udara setiap ahad di TV3. Pastinya, telatah Neelofa dan Fara Fauzana ini mencuit hati setiap penonton dengan disajikan segmen-segmen yang menarik.
Tapi lepas ni semua penonton Nona akan rasa sedih sebabnya Neelofa tak akan lagi mengacarakan rancangan itu. Hurmm. Dengar ceritanya dia tidak akan menyambung kontraknya lagi. Neelofa juga turut memberitahu, walaupun setelah tiga tahun mengacarakan rancangan itu, dia merasa sedih untuk meninggalkannya. Segala tunjuk ajar yang diberikan, dihargai dengan baik.
Namun untuk mengubat kerinduan penonton, Neelofa dan Fara Fauzana tidak ketinggalan untuk merakam video dan gambar-gambar yang cantik sepanjang menjalankan penggambaran di Osaka baru-baru ini. WOW !!! best tu shooting dekat Osaka, dapat hayati pemandangan yang indah lagi.
[Video] Read more: http://www.paparazzi.my/neelofa-rakam-memori-tinggalkan-nona/
Nona adalah satu rancangan TV yang amat berprestij. Bukan senang untuk selebriti-selebriti wanita dipilih mengacarakan program ini. Menariknya setiap tahun pasti ada desas-desus mengenai pengacara baru Nona yang akan menggantikan pengacara sedia ada.
Salah satu nama yang dikatakan akan menjadi pengacara Nona sekaligus menggantikan Neelofa ialah Fouziah Gous. Ramai juga yang terkejut kerana sepanjang mengendalikan Nona, Neelofa dilihat amat selesa dan mantap sekali. Namun menurut Fouziah Gous, dia hanya dijemput mengacarakan Nona untuk satu episod sahaja.
[Berkaitan] Read more: http://beautifulnara.com/fouziah-gous-nafi-ganti-neelofa-sebagai-pengacara-nona